Monday, November 9, 2020

Friday, July 31, 2020

KPJ dan SOP Pembukaan Semula Sekolah

Cikgu Azmi memastikan murid sentiasa mematuhi
SOP sepanjang berada di dalam kawasan sekolah

Cikgu Khairul Darimi memastikan murid sentiasa mematuhi
SOP ketika berada di Makmal Komputer


PPS dan PK HEM memantau murid di dalam kelas

Murid digalakkan sentiasa menjaga kebersihan diri
dan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun

Kedudukan murid di dalam kelas

Murid diwajibkan sentiasa menjaga jarak individu
sepanjang masa berada di dalam kawasan sekolah


Hari pertama pembukaan semula sekolah dipantau
oleh PPS dan YDP PIBG

Cikgu Ruzeze menerangkan
tatacara membeli makanan di kantin pada waktu rehat

Cikgu Ruzeze menyampaikan taklimat 
SOP pergerakan murid yang perlu dipatuhi

Ahli KPJ dan semua murid makan di dalam kelas
pada waktu rehat

Pemeriksaan suhu sebelum masuk
ke dalam kawasan sekolah



 

Pada Mac 2020, negara kita digemparkan dengan kes penularan wabak covid19 di seluruh negara. Peningkatan jumlah kes saban hari telah memaksa kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kesannya, ahli-ahli KPJ dan semua murid tidak dibenarkan datang ke sekolah mulai 18 Mac 2020 sehingga 30 Jun 2020. Apabila penularan wabak ini mulai reda dan dapat dikawal, sekolah telah dibenarkan dibuka semula secara berperingkat-peringkat seperti berikut:

Pra Sekolah : 1 Julai 2020

Tahun 5 dan 6 : 15 Julai 2020

Tahun 1 hingga 4 : 22 Julai 2020

Ahli-ahli KPJ dan semua warga sekolah perlu mematuhi SOP baru seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia semasa berada di dalam kawasan sekolah
.


Monday, March 2, 2020

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Skuad KPJ Tahun 2020









Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Skuad KPJ 2020 telah diadakan pada 3 Februari 2020 (Isnin). Skuad KPJ ditubuhkan untuk membantu Unit Disiplin dan Badan Pengawas Sekolah. Sepuluh daripada ahli KPJ telah menerima watikah pelantikan dan lencana KPJ. Majlis ini turut dihadiri oleh PPS iaitu Sarjan Muhamad Taha bin Mustafa dari IPD Klang Selatan. Tahniah dan selamat menimba pengalaman semua ahli skuad KPJ.


SENARAI NAMA AHLI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH 
TAHUN 2020
 

1. Muhammad Arif Danish bin Kamazaman (6S)

2. Muhammad Farid bin Mohd. Yazid (5E)

3. Muhammad Asyraf Aiman bin Jalani (5E)

4. Nur Farisha Syakilla binti Zakaria (5B)

5. Muhamed Hashim bin Ramli (5E)

6. Aiman Haziq bin Ahmad Faizal (6S)

7. Muhammad Akmal bin Hisham (6S)

8. Muhammad Izzul Islam bin Mohd. Sanusi (6E)

9. Muhammad Aiman Naufal bin Saiful (4B)

10. Muhammad Atiqullah bin Zul Amal (4E)

11. Nurol Qistina Raihan bin Muhammad Nazri (5E)

12. Kao Choi Qin (4S)

13. Muhammad Adib Rahimi bin Mohd. Shahrizan (4E)

14. Norin Aqilah binti Abd. Rashid (4E)

15. Samuel Kavinesh a/l Ganason (4E)

16. Ahmad Husain bin Haja Maiden (4S)

17. Nur Syuhadah Afiqah binti Iskandar (4S)

18. Sharifah Irdina binti Syed Azizul (4S)

19. Airis Kamelia binti Shahrul Nizam (5S)

20. Muhammad Amir Rayqal bin Abdullah (5S)

21. Nurin Hadirah binti Mohamed Faizal (5S)

22. Hanis Najla binti Hairunizam (5S)

23. Muhamad Thahir bin Haja Maiden (6S)

24. Nur Ainaa Karmila binti Mohd. Asri (6E)


GURU PENASIHAT KPJ 


1. En. Morgan a/l Velayuthan

2. Pn. Khazrina binti Ahmad Zahir

3. Pn. Naseerah binti Nasir



Sunday, March 1, 2020

Kem Kepimpinan 2020

Kem Kepimpinan 2020 ini telah diadakan di Bayu Resort, Sepang pada 28 Februari - 1 Mac 2020. Kem ini dianjurkan oleh Unit Ko-Kurikulum dan UBK. Selain ahli KPJ, kem kepimpinan ini turut disertai oleh Pengawas Sekolah dan unit-unit pemimpin muda yang lain. 













Sunday, February 16, 2020

Majlis Pelancaran Buku Panduan PPS 2020

Guru Besar menyampaikan ucapan 
dalam Majlis Pelancaran Buku Panduan PPS

Guru Besar menyerahkan Buku Panduan PPS
kepada Sarjan Muhammad Taha selaku PPS SKKJ

Majlis Pelancaran Buku Panduan PPS telah diadakan serentak di seluruh negara pada 17 Februari 2020. Pelancaran buku ini menunjukkan kerjasama yang erat di antara KPM dan PDRM. Ahli-ahli KPJ amat teruja dengan ucapan Guru Besar dan kehadiran PPS sekolah. Kami berazam akan membantu mencegah jenayah di sekolah ini.