Cikgu Azmi memastikan murid sentiasa mematuhi
SOP sepanjang berada di dalam kawasan sekolah
Cikgu Khairul Darimi memastikan murid sentiasa mematuhi
SOP ketika berada di Makmal Komputer
PPS dan PK HEM memantau murid di dalam kelas
Murid digalakkan sentiasa menjaga kebersihan diri
dan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun
Kedudukan murid di dalam kelas
Murid diwajibkan sentiasa menjaga jarak individu
sepanjang masa berada di dalam kawasan sekolah
Hari pertama pembukaan semula sekolah dipantau
oleh PPS dan YDP PIBG
Cikgu Ruzeze menerangkan
tatacara membeli makanan di kantin pada waktu rehat
Cikgu Ruzeze menyampaikan taklimat
SOP pergerakan murid yang perlu dipatuhi
Ahli KPJ dan semua murid makan di dalam kelas
pada waktu rehat
Pemeriksaan suhu sebelum masuk
ke dalam kawasan sekolah
Pada Mac 2020, negara kita digemparkan dengan kes penularan wabak covid19 di seluruh negara. Peningkatan jumlah kes saban hari telah memaksa kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kesannya, ahli-ahli KPJ dan semua murid tidak dibenarkan datang ke sekolah mulai 18 Mac 2020 sehingga 30 Jun 2020. Apabila penularan wabak ini mulai reda dan dapat dikawal, sekolah telah dibenarkan dibuka semula secara berperingkat-peringkat seperti berikut:
Pra Sekolah : 1 Julai 2020
Tahun 5 dan 6 : 15 Julai 2020
Tahun 1 hingga 4 : 22 Julai 2020
Ahli-ahli KPJ dan semua warga sekolah perlu mematuhi SOP baru seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia semasa berada di dalam kawasan sekolah
.
No comments:
Post a Comment